by Asri

DAPATKAN PERKHIDMATAN MEMBINA LAMAN WEB DAN SISTEM DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN

SUDAHKAH ANDA MEMILIKI LAMAN WEB 
PERNIAGAAN, 
SYARIKAT ATAU 
LAMAN WEB PERIBADI 
YANG BERTUJUAN UNTUK MEMASARKAN 
PRODUK ATAU 
PERKHIDMATAN ANDA?

ATAU

ANDA MENGHADAPI MASALAH DALAM TUGAS HARIAN ANDA DI TEMPAT KERJA.

inginkan bantuan daripada saya memudahkan kerja anda?

Hubungi saya untuk sebutharga:
1. Membina laman web anda
2. Mewujudkan satu sistem kecil yang bertujuan membantu memudahkan kerja anda


baserimn@gmail.com
www.facebook.com/baserimn
by Asri

PHP Variable

Salam semua..

Dalam post kali ni, saya akan berkongsi dengan anda sedikit berkenaan PHP Variable.

Apa itu variable?  -- > kalau ikut google translate, dia cakap, "Berubah-ubah". Er,.. mcm pelik ja kan?

Tak apa.. buat masa ini cukup anda faham yang maksudnya adalah berubah-ubah.

Secara formalnya, Variable ialah satu ruang yang digunakan untuk menyimpan sesuatu maklumat.

Bayangkan ada satu bakul. Dan bakul tu ada ruang yang boleh di isi. Dan kita akan mengisinya ikut keadaan tertentu.. Kadang-kadang kita nak isi sayur, kadang-kadang kita nak isi kan, telur, atau mungkin beberapa jenis barang dalam satu bakul itu.. Tapi buat masa ini, anggap dulu setiap satu bakul hanya boleh diisi dengan satu jenis barang sahaja. Ok. :)

Baik. Di bawah adalah contoh ringkas bagaimana untuk membuat sesuatu Variable.

<?php
$nama; // Variable $nama dengan nilai NULL
$nama1; // Lagi Satu Variable $nama2 dengan nilai NULL
$nama2 = ""; // Variable $nama2 dengan nilai NULL tetapi // akan diisi dengan character
$nama3 = 10; // Variable $nama3 dengan nilai 10 jenis 
//integer/nombor
$nama4 = "Sepuluh"; // Variable $nama4 dengan nilai //"Sepuluh" dalam bentuk Perkataan
?>

Berikut adalah beberapa syarat untuk memulakan sesuatu Variable.

  1. Dimulakan dengan simbol "$" dan diikuti dengan nama Variable itu. Eg: $nama
  2. Mesti dimulakan dengan huruf atau underscore ("_"). Eg: $a , $z , $A atau $_a , $_nama
  3. Hanya boleh terdiri daripada alpha-numeric (nombor dan huruf) dan underscore sahaja.
  4. Tidak boleh ada ruang antara huruf. Eg: $na ma
  5. Case sensitif. Eg: $nama adalah tak sama dengan $Nama
Saya rasa cukup dulu setakat ini. Boleh try ea.. Selamat mencoba. :D
by Asri

PHP Tag, Comment dan Paparkan Mesej

Assalamualaikum Semua..

InsyaAllah, dalam post kali ni, saya[nak gunakan bahasa yang agak formal. boleh kot. :D] nak share dengan anda semua tentang PHP Tag.

Untuk menulis PHP kod, anda perlulah memastikan semua kod PHP mestilah di dalam tag seperti di bawah:
<?php
//kod anda berada di dalam ruang ini
?>

Pembuka kepada PHP skrip iaah <?php dan penutup kepada PHP skrip ialah ?>


Jadi, sebagai tutorial pertama anda ialah dengan cara mengikuti langkahlangkah berikut:


1. Buka Notepad++.
2. Taip seperti kod di atas.

3. Buka browser Mozilla Firefox atau Google Chrome, dan taip seperti berikut:
-> http://localhost/TutorialPHP/Tutorial-1.php
[ Output ]


Sekiranya tiada sebarang mesej di paparkan, bermakna skrip anda berjalan dengan baik.

---------------------------------- [ PAPARKAN MESEJ ] -----------------------------

Dalam file Tutorial-1.php tadi, taip seperti berikut..


-------------------------------------- [ COMMENT ] ----------------------------------

Sebenarnya ada dua jenis kaedah untuk comment. Sebagai penjelasan lebih jelas, comment ini merujuk kepada satu statement yang hanya dipaparkan di skrip php ini tetapi tidak dipaparkan di browser. Comment ini bertujuan memudahkan developer atau orang yang membuat/menulis skrip PHP membezakan jenis-jenis proses dalam sesuatu skrip. 

Seperti contoh di atas, // Ini adalah comment
merupakan  comment untuk satu baris.

Bagi membuat comment dalam satu baris anda perlu menggunakan tanda "//" di sebelah kanan sebelum statement.

Comment untuk satu baris ditulis begini:
// Mesej ini tidak dipaparkan di browser

Comment untuk multiple line (lebih daripada satu baris), adalah seperti berikut:
/*
Comment di baris ini tidak akan dipaparkan
Begitu juga ini
Dan Ini.
*/

Sebagai tutorial anda boleh mencuba kedua-dua comment dan juga paparan mesej di atas.

by Asri

Apa Itu PHP?

Dalam post kali ni, aku nak share sikit pasal sikit ilmu yang aku ada baca, dan hampa jangan la tekejut yang satu benda baru ni aku pun baru tahu. 

Apa itu PHP? - wah.. bab soalan yang macam ni lah yang membuatkan feel "back to school" kembali.. quite boring ka? Hehe.. 

Asalnya PHP ni adalah singkatan kepada Personal Home Page - Seriously aku baru tau.. Apa yang aku tau sebelum ni, PHP ialah P[tak sure] Hypertext Proprocessor. Dan selepas Personal Home Page, maksudnya telah berkembang kepada PHP Hypertext Preprocessor, seperti yang aku belajaq dulu..

PHP merupakan server side scripting language, segala proses yang menggunakan bahasa PHP dilakukan di server. Kalau laman itu kita nak tengok scriptnya di browser, hanya HTML dipaparkan. Tak akan ada "echo", "print_r($variable)" di browser.. 

PHP juga merupakan bahasa pengaturcara sesawang (pendek kata, bahasa yang digunakan untuk membina laman web) dan ia digunakan untuk buat laman web yang dinamik. Dinamik pula biasanya akan berhubungkain dengan database sepertu MySQL database.

Apa yang membezakan PHP mempunyai kelebihan tersendiri ialah:
  • Percuma, perisian Open Source.
  • Cross-Platform (ia berfungsi dalam Windows, Mac, Linux).
  • Mudah untuk belajar.
  • Integrasi yang baik dengan Apache, pelayan web nombor satu dunia.
  • Integrasi yang sangat baik dengan MySQL.
Ok.. Dalam post lepas, ada aku tunjukkan apakah yang diperlukan untuk menggunakan PHP dan MySQL di dalam komputer .

InsyaAllah, dalam post selepas ni, aku akan tunjuk berkenaan apakah Tag PHP dan foundation/asas untuk running PHP.

by Asri

Tools yang Diperlukan untuk Test PHP di Komputer Anda

Assalamualaikum Semua.

Dalam post kali ni  aku nak share lagi dengan ampa[korang] semua tentang tools yang diperlukan untuk running PHP script di local mechine [komputer] ampa.

Seriously, pada awal dulu memang aku bajet, bila nak buat website, belaja PHP, HTML, CSS bla bla bla,  memang kena guna powerfull punya seperti Adobe Dreamweaver [mesti nak cari yang latest], dan beberapa yang lain yang berbayo. Siap pegi cari key/crack apa semua.. 
Tapi lepas ja aku balajaq kat sini, baru aku tau. Software yang macam2 tu tak semestinya membuatkan aku pandai dalam sebarang scripting language [PHP, HTML dan CSS]. 

1. Dalam proses pembelajaran PHP ni aku nak cadangkan boleh guna Notepad++ yang FREE dan lebih mudah. 


2. Install XAMPP untuk Windows.

Untuk pengetahuan ampa, dua ni pun tak dah cukup untuk belajar PHP.
Yang paling penting, tak perlu perabih boraih banyak-banyak untuk belajaq PHP ni dari rumah.

Untuk Post yang akan datang, aku akan bercerita pasal PHP, apa itu PHP dan macam mana secara asasnya mengenainya.. Ok. 
by Asri

Kenapa Aku Tulis Blog Ni??

Assalamualaikum semua.. 

Syukur hasrat aku nak menulis pasal PHP ni dapat aku buat dengan terhasilnya blog ni. Mungkin blog ni tak seberapa la kalau nak dibandingkan dengan blog2 dan bloggers2 di luar sana, confirm depa lagi banyak experience daripada aku yang setaun jagung ni.. Tapi apa yang aku nak share sikit2 kat sini ni, memang benda yang PERCUMA, dan boleh belajaq sendiri. Salah satu sebab aku buat blog ni adalah untuk membantu anak2 melayu terutamanya yang mungkin berminat benda2 yang berkaitan degan komputer, internet, IT, dan perkataan2 yang seangkatan dengnnyalah. Minat tu ada, kebolehan tu pun ada.. Cuma bakat dan pengetahuan tu perlu ditambahkan lagi. 
Kalau pasal programming (aturcara) ni, sangat la baru sebab aku belajaq pun tak sampai lagi setaun. Kira boleh la sikit repair2 bugs tuk projek2 dan.. sikit2 la.. 
Actually kan, bila menulis macam ni jgk aku rasa disamping aku share pasal PHP ni kat orang yang berminat nak tau tapi tak brapa nak cekap English, bleh jgk la kan depa take sikit2 avantage untuk belajar dan akan meningkatkan jugak kemahiran aku pasal PHP. Aku pun beginner lagi nih.. 
Akhir sekali, sebarang komen daripada otai2, programmer2 yang dah lama amat2lah dialukan, sebab programming ni adalah satu yang menarik dan luas.

Softskills are learnable - Kata Brian Tracy.

Lastly, jum belajaq PHP. Kalau ada tak faham atau kekeliruan boleh comment dan aku akan check balik kat tempat lain jugak. OK? Selamat semua..